Thursday 13 September 2012

Mari Berpuisi2

SATU PERSAHABATAN

Aku fikir kita ini sahabat serasi;

selalu bersama tak kira waktu,
selalu berkongsi rasa biar apa pun jua,
sering memberi dan menerima seadanya,
sering menangis dan ketawa bersama.

Engkau kata kita ini sahabat sejati;

satu menanti satu lagi menunggu dengan sabar,
satu bertanya satu lagi menjawab penuh hati-hati,
satu tersenyum satu lagi tergelak riang,
satu bersedih satu lagi menyedihkan.

Orang bicara kita adalah sahabat selamanya;

satu pergi yang satu pula mengejar,
satu merajuk yang satu pula memujuk,
satu bercakap yang satu pula mendengar,
satu berjalan yang satu pula mahu menyaingi.

begitulah indahnya musim persahabatan,
kita tidak mampu menerangkan dengan kata-kata,
hanya puisi menjelaskan segalanya,
dan insyAllah persahabatan sentiasa mekar mewangi...


nukilan,
najijahmoininuum...

2 comments:

  1. Ya... Persahabatan adalah satu ikatan yg suci dan sukar untuk dipisahkan kerana ia sukar di cari ganti. (^^)y

    ReplyDelete
  2. ye....heheh..tq join blog gua yg xsbrpa nie....

    ReplyDelete