Tuesday 29 April 2014

MY BIRTHDAY

HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN ke-23

Bismillahirahmanirohim...

Tanggal..
30.4.2014

Aku c kecik dah dewasa, syukur alhamdulillah diberi kesempatan hidup sehingga saat ini. ya..moga dengan bertambahnya umur  bertambah la amalan kita semua especially for me just now. hehe....thanks to all my good friend (ima, yann, atul n kyra) to successfully prank to my birthday at nearly 12 am 30/4/2014. I will remember till the end. I really appreciate it. inshaAllah.










Friday 11 April 2014

PRACTICAL :LATIHAN INDUSTRI

PRACTICAL

Malam ini sepatutnya saya kena siapkan assignment, tetapi idea yang diharapkan keluar mencurah-curah tidak menjengkah ke kotak fikiran saya. Saya bukanlah orang yang sopan hanya kerana menggunakan kata ganti nama panggilan 'saya' tetapi rahsianya ada di sini--> suku bangsa kami (merujuk kepada bangsa dusun bukan melayu) apabila berbahasa melayu akan menggunakan kata ganti nama 'saya' dengan sesiapapun (di borneo sabah, hatta di semenanjung Malaysia) ketika bertutur/bercerita.


Ok, tajuk utama coretan hati pada detik ini ialah 'practical' atau dalam bahasa Melayunya  Latihan Industri (LI). Saya ialah pelajar tahun akhir dan semester akhir jurusan Teknologi Maklumat, dan dalam beberapa bulan lagi saya akan menamatkan pengajian, selepas itu saya wajib menjalani LI. Dalam hati ini ada yahoo, tapi bukan yahoo enjin carian itu. Yahoo di sini bermaksud gembiranya hati yang tidak terkata, bukan kerana ingin LI, tetapi penat lelah mengaji akhirnya akan selesai juga setelah berhempas pulas selama hampir tiga tahun. 

Alhamdullilah, syukur ke hadrat ilahi...tempat LI sudah ada. Masalahnya di sini saya tetap bingung dan serbah salah. Mana satu tempat nak LI. Satu di Sabah satu dekat selangor, harap nanti tawaran kerja pun macam ini, sehinggah saya tidak bisa memilih. Dekat Sabah jabatan kerajaan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan yang dekat selangor syarikat swasta RANIA RESOURCH SDN BHD. Sebelum kedua-dua tawaran ini ada, saya ada dapat tawaran dari syarikat swasta di SIXQUALITY SDN BHD di Selangor juga. Tetapi setelah dua minggu, dan atas pertimbangan demi pertimbangan saya akhirnya menolak tawaran itu. sungguh kan, confiuss melanda.



DBKK dekat dengan kg halaman saya di keningau, walaupun masa perjalanan memakan masa 2 jam setengah dari Keningau ke Kota Kinabalu saya tetap consider dekat. ya, jika di bandingkan dengan selangor. Another advantages doing practical at DBKK ialah, saya boleh tinggal dengan kakak saya (Talipok) . So, no need worry about place to stay. There i just need spend how many of money for find bus to go DBKK, I think it doesn't matter as long as can spend money to eat and rent room at area my practical place. But if i stay with my friend maybe, it not same like that. i need to  rent room and spend money for food (six month). One more thing, DBKK not provided practical students with allowance. But, experience that may i get along practical is most important than allowance. Maybe true. (Suddenly english) rojak actually.



RANIA RESOURCE SDN BHD, empat jam perjalan dari tempat berlepas lapangan terbang Kota Kinablu ke rumah sewa (dua jam setengah naik kapal, selebihnya naik bas). If i confirm doing practical there, i may get so much experience. Of course about the new place (Selangor) that i never go before. Most important that company provided practical student with allowance. However, i still thinking, if i go there, i need to think about rent room, bus fare, money for food, and they acceptance (friend and that company). But if i thing wisely, and if i worry about that matter. So how can i be independent in the future (means: if i get jobs far away from family).




what i can conclude here...i need to...

THINK! don't ever let your mind stop to think....which one better, both is good but your just need two choose that where you want.
insyaAllah ada jalan 
insyaAllah 
insyaAllah

Thursday 13 March 2014

MH370

MH370 HILANG SECARA MISTERI

MH370 ialah kapal terbang Malaysia airlines(MAS) yang hilang tanpa di kesan dari radar pada 7hb March 2014. Pesawat Boeing 777-200 milik Mas membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dri Kuala Lumpur ke Beijing. Pesawat tersebut bertolak pada jam 12.41 am waktu malaysia dan dijangka akan tiba 6.30am waktu malaysia tetapi sebaliknya yang berlaku.Penumpang terdiri daripada 153  china, 38 Melayu, dan selebihnya dari negara lain.Kehilangan kapal yang penuh misteri ini mendapat perhatian dunia. Kehilangan Kapal ini telah sudah menjangkau 7hari dari tarikh kehilangn iaitu pada 7hb March lagi.  

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengesan jejak kapal terbang tersebut tapi menemui kegagalan. Pencarian kapal tersebut bukan hanya melibatkan negara kita tapi termasuk china, vietnam, singapura, indonesia, amerika syarikat dan ada beberapa lagi. Pelbagai bantuan dan kerjasama yang malaysia dapat dari pihak luar negara.Alhamdullilah.

Sepanjang 7 hari tempoh pencarian pelbagai sepikulasi yang timbul tidak kira dari media negara, rakyat jelata negara dan luar negara. Apa pun sepikulasi yang datang harap tidak menimbulkan perbalaan sesama sendiri dan mudah-mudahan negara malaysia dapat menjejaki kapal terbang tersebut walau apa keadaan sekalipun. Moga Allah memberi petunujuk  untuk mempermudakan urusan kerajaan untuk menyelasaikan kemelut ini.InshaAllah.

Thursday 7 November 2013

SUKAN IPT SISWA SISWI SABAH KE-2 TAHUN 2013

SUKIPT 2013...



Assalamualaikum..

Pada 4-6 November Adhoc Sabah UUM mengadakan SUKAN IPT SISWA SISWI SABAH KE-2 @ SUKIPT. Saya turut berada di sana sebagai AJK program, dan bertugas secara langsung selama dua hari dalam pengendalian aktiviti yang dipertandingkan. Antara sukan yang dipertandingkan ialah bola tampar lelaki dan perempuan, bola jaring dan futsal. Peserta keseluruhan SUKIPT kira-kira 500 orang.

bola tampar perempuan

bola tampar lelaki

futsal

bola jaring

Alhamdullilah segalanya berjalan dengan jayanya. Walaupun anak sabah UUM tidak menjuarai keseluruhan permainan saya tetap rasa gembira kerana mereka bermain dengan penuh semangat. SUKIPT melibatkan 10 universiti termasuk UUM, UPSI, UTM, UITM, UPM, UTeM, UKM, UMP, UniSZA, dan UMT. UPSI telah menjuarai keseluruhan SUKIPT dengan memperolehi 2 emas 1 perak, iaitu emas bagi acara bola jaring dan bola tampar lelaki, manakala perak bagi bola tampar. Ini adalah kali kedua UPSI men jadi juara keseluruhan. Syabas dan Tahniah diucapkan.

UKM
UITM
UPM
UTeM
UniSZA
UUM
UPSI


Acara sukan tamat awal seperti yang dijangkakan pada petang 6hb. Pada malam itu juga  diadakan penutupan SUKIPT di stadium terbuka UUM. Penutupan dan acara perasmian itu di rasmikan oleh encik Muhammad Reduan , wakil dari BTN. Sebelum upacara perasmian berlangsung, setiap kontinjen berarak masuk ke padang. Usai perarakan nyanyian lagu negaraku, lagu sabah tanah airku dan biru warna serta bacaan doa. Kemudian pengarah Aimi Latahir  menberi ucapan alu-aluan dan perasmian oleh encik Reduan dikiuti gimik memegang bola kristal. sesuatu yang kurang dijangka, percikan bunga api memecah  tirai malam itu mengejutkan semua yang ada, seronok bukan kepalang. Seakan-akan bunga api menjadi satu trend yang wajar ada.


MC ...Shyalwi dan Andi


perarakan kontenjen setiap universiti



Aimi latahir "kesempatan -sedikit tersasul"

En Reduan " kecewa kerana UUM kalah...hehe"




Selepas perasmian, En. Reduan menyampaikan tanda kenang-kenangan kepada semua universiti seterusnya merasmikan tabung kebajikan adoc sabah.


perasmian tabung kebajikan sabah di iringi oleh orang baru MPP-Azrie hairie

tanda rasminya tabung kebajikan adoc sabah

Seterusnya majlis penutupan diserikan lagi dengan persembahan nyanyian dan penyampain sijil dan madel kepada peserta. Malam 6hb itu menjadi saksi bersatunya seluruh mahasiswa /si sabah di seluruh semenanjung Malaysia. Program ini berakhir dengan meninggalkan kenangan yang paling manis kepada seluruh jentera pelaksana SUKIPT. Sekalung tahniah kepada Pengarah dan anak buahnya yang memang cangihh gitu!!!





GAMBAR KENANGAN SUKIPT







Harapan saya, moga SUKIPT tidak akan berakhir di sini sahaja, akan ada kesinambungan yang lebih bermakna. Dan ini adalah SUKIPT yang terakhir bagi saya sebagai ajk pelaksana, in sha Allah jika ada rezeki dapat bersama-sama menjayakan di akan datang. Dan berharap juga lebih ramai universiti yang akan menyertai SUKIPT di tahun hadapan. kalau UMS dan UNIMAS boleh menyertai itu satu kejayaan yang besar-Aimi Latahir.

AJK PELAKSANA

Sedikit video yang berjaya di rakamkan:  agak kurang memuaskan kerana kurang jelas








Wednesday 30 October 2013

IT Project Management | Measurable Organizational Value

Measurable Organization Value (MOV) is the projects overall goal and measure of success. In the IT field it must align with the organization's objective, mission, and goals.

The MOV MUST:
  • Be Measurable
  • Provide Value to the Organization
  • Be Agreed Upon
  • Be Verifiable
The MOV should be based on and support the organization's goal and strategy

There are 6 Basic Steps in developing a MOV
  1. Identify the desired area of impact
    • Strategic
    • Customer
    • Financial
    • Operational
    • Social
  2. Identify the desired value of the IT Project
    • Better?
    • Faster?
    • Cheaper?
    • Do more?
  3. Develop an Appropriate Metric (numeric)
  4. Time Frame for achieving MOV
  5. Verify and Get Agreement from Stakeholders
  6. Summarize the MOV in a clear concise statement
    • The project will be successful if ______
    • Or use a time table (in year ___ we will ____, and so on)

Thursday 13 June 2013

SUBHANALLAH!!!

Dua Sempadan Air Tidak Bercampur


“Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit, serta ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran kedua-duanya” Surah Al-Furqan ayat 51.



Wednesday 8 May 2013

CERITA SEBENAR : DISEBALIK GANGNAM ADA DUKA







Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,




"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."

"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.

Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"

Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."

"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.

"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.

"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.

Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.

"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.

"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.

"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.

"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.

"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.

Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,

"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."

Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.

"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.

"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.

"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.

"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."

"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."

"Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"

"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.

"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."

"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."

"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."

Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.

Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,

"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.

Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."

"Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."

Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,

"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea.""Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."
"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."

"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."

Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."

Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...

"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.

"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.

"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.

"Kamu agak saya berumur berapa…?"

"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."

"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.

"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.

"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras.

"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."

"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.

"Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya.

"Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya.

"Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.

"Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.

"Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya.

"Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan kamu." tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.

Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.

Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.

Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.

Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.

Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...

Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.

Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...

s:http://blogterbaikk.blogspot.com