Saturday 14 April 2012

CORETAN IMPIANA DIRI

TERINGIN JADI PENULIS

 

Siapa manusia di dunia yang tidak mempunyai impian?

Begitulah diri ini yang menanam azam ingin menceburkan diri dalam bidang penulisan tapi setakat ini impian itu belum terlaksana lagi.Minat menulis sudah tertanam dalam diri sejak di bangku sekolah rendah lagi dan semakin bertambah berminat ketika memasuki alam sekolah menengah. Tapi kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. Perancanganku dalam membuat novel  terbengkalai begitu sahaja akibat daripada kekangan masalah yang tidak dapat dielakkan. Idea-idea yang sudah digraph dalam minda berkecai begitu sahaja. Segala hasil tulisanku hilang entah kemana.

Dan kini aku mula berjinak-jinak semula dalam dunia penulisan ini. Antara cara-caraku mengasah atau mengilapkan semula impian yang lama terkubur ialah dengan merajinkan diri membaca bermacam-macam hasil karya penulis yang berkeliber dan terkenal. Saya juga membelanjakan bukan sedikit wang untuk membeli bahan bacaan yang bermanafaat kepadaku kelak.





 

Selain itu saya juga berusaha mencatat peristiwa-peristiwa menarik sepanjang hari yang saya lalui bersama rakan-rakan atau keluarga. Akhir sekali saya sedang memulakan episod pertama hasil karya saya. Tarikh siapnya tidak diketahui lagi.

Saya adalah peminat kepada penulis Ramlee Awang Murshid :)
ulasan kepada penulis:~
  • Bentuk penulisan yang ringkas dengan gaya olahan yang menarik.
  • Penuh dengan unsur saspen yang mendebarkan dan menarik minat pembaca untuk terus membaca sehinggah ke akhir cerita.
  • Memuatkan unsur keagamaan yang mudah difahami.
  • Memberi pengajaran kepada pembaca.
  • Kisah fantasi yang boleh diterima pakai. yang terfikir itu ada!
  • All the Best!!

Rugi tak baca Novelnya : )
Antara novel beliau:~





terbaru dipasaran..



No comments:

Post a Comment