Friday 13 April 2012

MANUSIA

PANDANGAN FALSAFAH TENTANG ASAL KEJADIAN MANUSIA


Plato(427-347 SM)

Alam Idea(intellectual world) vs.Alam Indera(sensuous world)
Alam idea  
  • terdapat semua duplikat benda-benda di alam nyata termasuklah sifatnya-sifatnya, hubungannya antara satu sama lain, nilai-nilai dan lain-lain lagi. 
  • Di alam idea ada contoh idea, sifatnya satu dalam macamnya(jenisnya)  tetap , kekal , tidak berubah-ubah, universal dan merupakan yang sungguh-sungguh ada.
  • Di dalam dunia, idea itu ada tingkatan-tingkatan antara idea.
  • Idea yang tinggi adalah idea kebaikan.
Alam indera(dunia pengelaman)
  • Berubah-ubah.
  • Tidak tetap, dan merupakan bayang-bayang dari dunia idea itu.
Plato mengakui wujudnya pemecam-pemacam dunia tetapi tidak menganggapnya realiti sebenar.

Manusia menurut Plato:
  • Mempunyai dua kewujudan iaitu di alam idea dan alam nyata.
  • Manusia sebenarnya berasal dari dunia idea sebab itu tujuan hidupnya tidak terus-menerus ada di dunia bayang-bayang sahaja tetapi kemabali di tempat asalnya untuk selamanya bersama idea tertinggi.
  • Di sana manusia akan menemui kepuasan dan kebahagian yang sempurna tetapi harus terlebih dahulu melepaskan atau membebaskan jiwanya daripada kongkongan jasad dan pengaruh-pengaruh dunia.
  • Orang yang berjaya masa hidupnya mengetahui sampai ke idea, itulah orang yang bijaksana dan layak menjadi pemimpin negara.
Teori Reincarnation Plato:
  • Roh atau jiwa manusia pernah tinggal dengan Tuhan di alam idea. Oleh kerana ingin merasakan dunia indera dia telah diturunkan ke dunia dan terkurung dalam jasad materi.
  • Untuk kembali semula ke tempat asal manusia perlu melalui proses penyucian semula diri.
  • Mereka yang berbuat baik di dunia akan dihantar ke pulau golongan yang diredahi dan mereka yang membuat jahat akan dihantar ke tartamus untuk diseksa. Sekiranya masih tidak sedar akan kebenaran akan barpindah ke dalam jasad haiwan.
Aristotles(384-322 SM)
 
Menurutnya yang wujud sebenarnya alam indera dan bukannya alam idea kerana tidak dapat dibuktikan. Baginya yang berubah-ubah itulah yang merupakan realiti dan disebut aksidensi lawan essensi.Pendapatnya bertentangan dengan Plato.

Manusia menurut Aristotle:
  • Manusia itu istemewa dan ada begitu sahaja(jamadat) iaitu hidup vegaetatif(tumbuh-tumbuhan) ,  ada hidup vegetatif-sensitif  dan rasional(manusia).
  • Semua akan mati kecuali yang rasional kerana merupakan roh.
  • Bahagian yang roh dan pendukung budi akan terus ada setelah manusia meninggal.  
  • Meletakkan manusia di atas makhluk yang hidup vegetatif, sensitif dan rasional.
  • Manusia hidup mencari kebahagiaan tetapi kekayaan, kesenangan materi, kemuliaan dan lain-lain belum merupakan kebahagian sejati kerana manusia dipengaruhi kecenderungan materi.
  • Bertindak bijaksana ialah bertindak mengikut budinya(akal) kerana itu manusia perlu mengendalikan kehendak jasadnya.
Substansi:

Sesuatu yang ada pada diri sendiri.Contohnya: manusia menunjukkan inti manusia yang konkrit iaitu kemanusiaan.Contoh lain sifat bapa bukan pada kebapaan itu tetapi pada manusia.Pengertian yang menunjukkan  sesuatu  yang adanya pada substansi disebut aksidensi. Ada sembilan bentuk aksidensi:
  1. Kuantiti - membawa jawapan kepada pertanyaan beberpa dan berapa besar.Jumlah  satu, dua, tiga dan seterusnya itu termasuk kuantiti.
  2. Kualiti - bagaimana sifat substansi.
  3. Relasi - hubungan suatu hal dengan hal lainnya.
  4. Aksi - perubahan-perubahan yang ada mungkin ada.
  5. Passi - pengertian ini menunjukkan penerimaan perubahan suatu substansi dari yang lain.
  6. Tempat - besar kecilnya sesuatu yang dengan sendirinya memerlukan tempat.
  7. Keadaan atau sikap - bagaimana sesuatu ada pada tempatnya.
  8. Lingkungan - hal-hal yang mengerumuni suatu substansi.





No comments:

Post a Comment