Monday 2 April 2012

SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA

 BAB 9 : RUMUSAN KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

Pada pandangan saya, tidak ada manusia yang tidak menghadapi masalah. bagi saya masalah yang kita hadapi itu merupakan bentuk ujian yang harus kita terima dengan sabar dan tabah.

Masalah dan isu

Masalah perlu diselesaikan dengan segera , sekiranya tidak akan berlaku sebaliknya. Masalah itu bahkan menjadi rumit.
Isu pula perlu kita selesaikan dengan berhati-hati.


Cara menyelesaikan masalah>
  1.  Motivasi yang kuat-tidak mudah mengalah dengan semua kesukaran.
  2. Trait yang positif-sifat beribadi dan emosi yang stabil.
  3. Jati diri-mempunyai tahap keyakinan yang tinggi.
  4. Membina kemahiran-berkebolehan dan menyelesaikan masalah dengan pelbagai-bagai teknik.
kategori masalah>
  1. Misteri-situasi yang menyelewengkan daripada keadaan yang biasa berlaku atau yang diharapkan.
  2. Tugasan(Assignment)-tugasan yang perlu dilakukan seseorang dengan jelas memperincikan kreteria-kreteria  yang perlu dimasukkan berserta objektif pencapaian tugasan.
  3. Kesukaran(Difficulities)-tidak tahu apa yang hendak dilakukan  kerana pelaksanaanya adalah sangat rumit.
  4. Peluang(Oppurtinities)-membawa keuntungan.
  5. Tidak pasti(Puzzles)-situasi yang mempunyai jawapan tetapi kita tidak tahu mana jawapan yang betul.
  6. Dilema-amat sukar mencari penyelesaian dan menentukan cara terbaik untuk melakukannya.
Model penyelesaian masalah secara logik>
  1. Mendefinisikan masalah
  2. Mengkelaskan masalah
  3. Tentukan objektif
  4. Tentukan ukuran kejayaan
  5. Kutipan data
  6. Membuat keputusan
  7. Melaksanakan keputusan yang diambil
  8.  Penilaian(Review)
Penyelesaian secara saintifik>
  1. Mengadakan hipotesis
  2. Mengumpul maklumat
  3. Membuat kesimpulan
 Penyelesaian secara kreatif / Lateral
  1. Tidak seperti kaedah logik tetapi lebih kepada cara berfikirnya dikawal oleh penilaian betul atau salah, kuat atau lemah sesuatu hujah.
  2. Tidak bersifat anatikal tetapi lebih kepada memahami sesuatu masalah sedalam-dalamnya melalui fakta dan maklumat untuk mencari kebenaran.
  3. Tidak jugak bersifat vertical-tetapi lebih bersifat generatif dan inovatif untuk menerbitkan perubahan demi    perubahan itu sendiri tanpa diikat oleh logik sebab akibat.Buku Edward de Bono -"Six Thinking Hats(1985)" . Bukunya ini ada membincangkan kaedah 6 topi berfikir iaitu>
  •  Topi hijau-lambang pemikiran kreatif dan subur berbagai-bagai idea
  • Topi kuning-lambang pemikiran positif dan kondusif
  • Topi putih-lambang pemikiran objektif
  • Topi hitam-pemikiran negatif dan kritikal
  • Topi merah-pemikiran emotif
  • Topi biru-lambang langit di atas
dan  buku kedu beliau" Six Action Shoes: A briliant new way to take control of any business of life situation(1992)" mengupas kaedah bertindak enam kasut>
  • Kasut formal biru laut (Navy formal shoes)-formal, biasa, mudah dan ringkas
  • Kasut kelabu (Grey sneaker)-penyelidikan, mencari bukti, maklumat dan idea.
  • Kasut perang (Brown brogues)-praktikal,nyata, lasak, tidak formal, feliksible dan berkesan.
  • Boot oren (Orange gumboots)-cemas, krisis, risiko, segera, dan berani.
  • Selipar merah jambu (Pink slippers)-prihatin, perikemanusiaan, kasih sayang, lemah lembut, mesra, dan ikhlas.
  • Kasut tunggangan ungu  ( purple riding shoes)-kuasa, rasmi, kepimpinan dan tanggungjawab.
Penyelesaian melalui perasaan>
Menekankan kepintaran atau pemikiran seseorang individu dalam menghadapi sesuatu situasi masalah   atau konsep kecedersan emosi (EQ)-Salovey membahagikan EQ kepada 5 domain iaitu:
  • Kebolehan mengetahui emosi sendiri.
  • Kebolehan dalam pengurusan emosi.
  • Kebolehan meningkatkan motivasi.
  • Kebolehan mengenal emosi orang lain.
  • Kebolehan menjalin persaudaraan. 

Penyelesaian secara islam>
  1. pendekatan hukum-bersifat rasional dab intelektual . Hukum ini terbahagi kepada qat'l-tegas dan jelas seperti hukum ibadat, munakahat, jinayat hudud dan sebagainya.hukum ini terkandung dalam al-quran jadi wajib dipatuhi kecuali-dalam keadaan darurat, penyakit, gila, pengsan, usia tua, dan cacat mental.Hukum ijtihadi-bersifat rasional  dan berubah mengikut keadaan. Hukum ini paling popular dalam islam.  umumnya ciri-ciri (khasais ) syariat islam seperti berikut:   Rabbani (ketuhanan), Alamiah (universal), syumul (menyeluruh), wasatiyyah (seimbang). 
  2. Pendekatan sufi-bersifat moral dan sifiritual malah lembut dan lunak.Pendekatan cara ini memerlukan kefahaman tentang tiga pokok iaitu hakikat masalah , sebab masalah , dan kaedah penyelesaian. Kaedah penyelesaian ini berasaskan proses tazkiyyah an-nafs yang melibatkan dua demensi-horizontal dan vertikal.                    

2 comments:

  1. Adakah topi putih pernah digunakan untuk memahami sesebuah masalah?

    ReplyDelete
  2. rasanya kaedah topi putih itu yang sering digunakan dalam menyelesaikan permasalahan...:)

    ReplyDelete